Tun Mahathir tak setuju Najib laksana BR1M

 


Penganalisis politik, Lim Sian See mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah melontarkan sindiran 'cash is king' terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, Najib turut mengesahkan perkara tersebut bila disoal oleh Dr Mahathir kenapa wujudkan BR1M sebagai langkah peralihan dari subsidi pukal.

"Sebab Najib kata ia lebih adil bagi penerima untuk tentukan sendiri cara mereka menggunakan bantuan cash untuk tanggung keperluan masing-masing berbanding menerima subsidi pukal.

"Jadi, STR (yang dijenama semula dari BR1M) dan bantuan Madani bagi diesel itu bukan juga "cash is king" ke?" katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sian See menambah, semasa pandemik Covid-19 bermula, Najib sudah saran menyarankan kepada kerajaan untuk menggunakan kaedah 'cash is king' bagi membantu rakyat yang telah terhalang untuk bekerja. 

"Dan kaedah ini terbukti berjaya untuk menyelamatkan puluhan juta rakyat Malaysia.

"Jadi, korang masih mahu sindir cash is king ke?" soalnya.

Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan