Puad ramal Bersatu dan PAS berpecah jika PN kalah PRK Mahkota

 

Mohd Puad Zarkashi

Bersatu dan PAS mungkin berpecah sekiranya calon PN, Mohamad Haizan Jaafar kalah pada PRK DUN Mahkota Johor esok.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PN kini hanya mengharapkan majoriti yang diraih calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah tidak melebihi angka 10,000 undi dan tidak mengatasi keputusan PRN Johor 2022.

"Paling PN takut, Mahkota jadi Tanjung Piai 2.0. Giliran Bersatu dan PAS pula pecah," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pada PRN Johor 2022, calon BN, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain memenangi kerusi DUN Mahkota dengan beroleh 16,611 undi.

Beliau meraih majoriti 5,166 undi, mengalahkan calon PH, Muhammad Taqiuddin Cheman (11,445 undi); calon PN, Mohamad Nor Lingan (7,614 undi) dan calon Warisan, Mohamed Noor Sulaiman (555 undi).

PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019 menyaksikan calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjaya merampas kembali kerusi itu setelah terlepas ke tangan PH pada PRU14.

Kemenangan itu merupakan simbolik kebangkitan BN di Johor dan menjadi pemangkin untuk kembali berkuasa di negeri tesebut selepas PRN Johor 2022. 

Mohd Puad berkata, PAS kelihatan menjauhkan diri sepanjang kempen PRK DUN Mahkota sedangkan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Azli nampak terkial-kial mencari isu.

"Mujur ada Chegu Bard pakar cerita palsu untuk spin isu peribadi calon dan UMNO kononnya diresapi komunis. Kali ini PN mati akal nak main isu ekonomi.

"Ini kali pertama kempen PN tiada hala tuju. (Tan Sri) Annuar Musa jurucakap Pas memuji-muji kerajaan Johor," katanya.


JIWA MERDEKA



Catat Ulasan

0 Ulasan