UMNO mahu dalang sebenar kes 1MDB dibawa ke muka pengadilan


Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini berhubung tindakan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri meminta maaf dalam isu 1MDB:

1. UMNO mengikuti rapat perbicaraan kes 1MDB kini dan SRC sebelum ini terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, serta keputusan mahkamah Switzerland terhadap eksekutif PetroSaudi dan terbaharu kenyataan media beliau bertarikh 24 Oktober 2024.

2. Kenyataan tersebut membuktikan dengan jelas dan terang bahawa semangat dan jiwa besar Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin utama negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat di dalam apa jua keadaan. 

3. UMNO yakin bahawa kenyataan tersebut datangnya dari hati nurani yang suci dan tulus, menzahirkan perasaan ikhlas Datuk Seri Najib Tun Razak.

4. UMNO menegaskan kenyataan itu menggariskan bahawa beliau telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan dan meraih keuntungan atas tipu daya tersebut.

5. Tindakan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekhilafan yang tidak terniat ini sudah tentunya menunjukkan peribadi luhur yang murni serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat dan negara. 

6. UMNO dan seluruh ahlinya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dan dalang utama yang sebenar di dalam kes SRC dan 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan