Batu Puteh: Tun M dakwa Wan Azizah, Anthony Loke dan Mat Sabu elak ambil tanggungjawab

Berikut adalah arahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkaitan dengan kenyataan-kenyataan oleh beberapa Menteri berkaitan isu RCI Pulau Batu Puteh:-

1. Terima kasih di atas pencerahan yang diberi oleh beberapa menteri yang menjadi anggota kabinet semasa saya menjadi Perdana Menteri kali kedua.

2. Cuma yang saya agak hairan ialah alasan yang diberi bahawa mereka tidak memberi pendapat atau pandangan mengenai isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana saya cuma maklum semasa mesyuarat Kabinet.

3. Apakah mereka perlu saya beritahu bahawa mereka perlu beri pendapat atau pandangan baharu mereka akan berbuat demikian.

4. Keduanya, jika pandangan saya terhadap isu tersebut salah atau tidak mereka persetujui mereka tidak akan bangkang atau beri pendapat kerana saya hanya maklum?

5. Jadinya, maklum itu adalah halangan kepada sebarang perdebatan, pemberian pendapat mahupun menyatakan persetujuan atau sebaliknya.

6. Tidakkah mereka tahu bahawa sebarang apa perkara yang dibangkit, dimaklum dan ditimbul adalah memerlukan setiap anggota untuk memberi perhatian dan jika ada pandangan yang perlu mereka utarakan seharusnya mereka lakukan semasa mesyuarat tersebut.

7. Jika mereka memilih berdiam diri atau tidak menyatakan rasa tidak bersetuju maka ianya diterima sebagai mereka bersetuju dengan apa yang dimaklum atau dibentang.

8. Mereka mahu saya bertanggungjawab berkait isu tersebut.

9. Tidak timbul sama ada saya menerima tanggungjawab ke atas isu tersebut kerana sebagai Ketua Kerajaan ketika itu.

10. Persoalannya adakah mereka mahu memikul tanggungjawab sebagai satu collective responsibility apabila menganggotai kabinet?

11. Jika tidak maka mereka telah tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka semata-mata kerana mereka tidak mahu beri pendapat kepada apa yang dimaklumkan kepada mereka di dalam mesyuarat kabinet.

12. Seingat saya, di dalam mesyuarat kabinet tersebut, diminitkan bahawa kesemua anggota termasuk yang bertiga itu, mereka semua bersetuju dengan pandangan/makluman saya yang memperincikan pandangan saya terhadap isu itu.

13. Amat menghairankan apabila selama ini semenjak 2018 mereka semua tidak berkata apa-apa, tetapi sebaik sahaja saya maklum perkara sebenar, kesemua mereka mengelak dan mengalih dari ambil tanggungjawab.


Kenyataan ini adalah untuk siaran dan sebaran.

RAFIQUE RASHID

PEGUAM BAGI DAN UNTUK PIHAK TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

12 DISEMBER 2024

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan