PAS suka bergaduh, Bersatu angkuh tak sedar diri

 


Berikut adalah kenyataan media Naib Ketua Pemuda Amanah Perak, Syahrunnaim Salehuddin hari ini:

Krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang tercetus selepas pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN tidak mengejutkan kami. 

Peletakan jawatan Bendahari PN oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS membuktikan betapa rapuhnya gabungan yang dibina atas dasar kepentingan politik semata-mata.

PAS, seperti yang kita sedia maklum, mempunyai rekod yang konsisten - di mana sahaja mereka berkawan, akhirnya akan berakhir dengan pergaduhan. 

Sejarah membuktikan, sama ada dengan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat dahulu, atau dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, atau kini dengan Bersatu dalam PN, PAS tetap menunjukkan sifat yang sama.

Tindakan drastik melepaskan jawatan Bendahari PN hanya kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Setiausaha Agung membuktikan bahawa parti ini tidak mampu bertoleransi apabila tidak mendapat apa yang diingini. 

Ia juga menunjukkan bahawa PAS lebih mementingkan jawatan daripada prinsip perjuangan yang selama ini dilaung-laungkan.

Bersatu pula menunjukkan sikap sebenar mereka sebagai parti yang angkuh dan tidak sedar diri. 

Walaupun jelas parti ini tidak mempunyai kekuatan grass root yang kukuh, mereka tetap mahu menguasai jawatan-jawatan tertinggi dalam PN. 

Kenyataan "terkejut" mereka terhadap tindakan PAS dan gesaan agar "tidak bakar kelambu" hanyalah sandiwara politik yang tidak meyakinkan.

Pergolakan ini memberi pengajaran penting kepada rakyat - bahawa gabungan yang dibina atas dasar kepentingan kuasa semata-mata tidak akan bertahan lama. 

Apabila kepentingan diri mengatasi prinsip perjuangan, perpecahan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

Rakyat seharusnya bijak menilai kredibiliti parti-parti yang lebih mengutamakan jawatan dan kuasa berbanding kebajikan rakyat. 

Inilah bukti nyata kenapa gabungan seperti PN tidak mampu memberi kestabilan politik yang diperlukan negara.


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan