Najib boleh tarik balik saman jika kerajaan jawab isu titah adendum

 


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersedia untuk menarik balik saman dengan serta-merta jika kerajaan berjanji untuk menjawab isu titah adendum.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, titah adendum menjadi subjudis kerana Najib yang fail saman terhadap kerajaan, bukan kerajaan yang saman atau dakwa. 

Menurutnya, Najib terpaksa memfailkan saman pada April 2024 selepas kerajaan tidak jawab sejak Januari 2024.  

"Jika kerajaan berjanji untuk jawab, Najib boleh tarik balik saman serta-merta.

"Pada saat kerajaan jawab, pada saat itu juga Najib boleh gugurkan kes dan isu subjudis tak timbul lagi," katanya.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak menambah, Najib telah menunggu sejak 29 Januari 2024. 

"Mengapa perlu tunggu lagi sehingga 6 Januari 2025 untuk prosiding mahkamah bersambung?  

"Adakah ini negara di mana Rakyat perlu tunggu selama satu tahun untuk tahu sama ada satu titah Yang di-Pertuan Agong wujud atau tidak?" soalnya.

Tambahnya, jika titah itu benar-benar wujud, ia adalah hak Najib di bawah Perlembagaan dan undang-undang.  

"Setiap hari kerajaan tak menjawab, hak Najib di bawah Perlembagaan dan undang-undang dinafikan satu hari lagi," katanya.


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan