Batu Puteh: Tun Mahathir patut bayar ganti rugi - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya membayar ganti rugi atas kehilangan Pulau Batu Puteh.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Menurut A Kadir Jasin iaitu orang kuat Tun M, lebih afdal jika kerajaan Malaysia mendapatkan ‘ganti rugi’ kerana kehilangan Batu Puteh. Tidak memadai dengan mendakwa Tun M sahaja. 

Nak tanya Kadir Jasin, ganti rugi dari siapa? Dari Singapura? Malaysia tak pasal-pasal membayar ganti rugi kepada Singapura kerana projek HSR dibatalkan oleh Tun M. 

Sebab itu Tun M mesti disiasat dan dikenakan tindakan. Apakah mungkin ada kaitan membatalkan semakan kehakiman Batu Puteh dengan setuju membatalkan projek HSR?

Sebab itu mendakwa Tun M amat penting. Semoga banyak misteri terbongkar. Tun M patut didenda jika bersalah. Denda itu sudah memadai sebagai “ganti rugi” kerana menjual kedaulatan negara. Denda RM1K pun ok. Ia simbol pengajaran untuk anak cucu jangan memandai jual maruah negara kerana dendam politik.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan