Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengucapkan terima kasih kepada pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kerana berterus-terang menyatakan pendirian berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:
Saya ucap terima kasih kepada Nik Abduh kerana berterus-terang. Dia cadang supaya Najib dibebaskan sepenuhnya bukan tahanan dalam rumah.
Saya yakin Nik Abduh ikhlas apabila mendakwa perbicaraan Najib senget. Memang senget, sebab itu Tan Sri Abdul Rahman Sebli Hakim Besar Sabah dan Sarawak mendakwa Najib tidak diberi perbicaraan yang adil.
Kita tidak pasti pemimpin PAS lain ikhlas atau tidak apabila beriya-iya membangkitkan isu titah adendum. Ada yang ke mahkamah tunjuk muka.
Kita doakan Nik Abduh kekal lama dalam kepimpinan tertinggi PAS. Parti itu suka cop orang. Siapa yang dicop senget akan cepat disisihkan.
Tetapi apa yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dengan berlakon matang? Adakah “mereka yang bijak berlakon tetapi hakikatnya palsu?”
Sebab itu cabaran kepada Najib kini ialah bukan sahaja dia gagal dapat perbicaraan adil tetapi lakonan matang peringkat tertinggi. Menurut Nik Abduh, mahkamah juga berlakon.
0 Ulasan