Titah addendum: Kerajaan seolah-olah cuba sembunyikan sesuatu - Annuar Musa

 


Berikut adalah kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa hari ini:

Kenyataan Media Rasmi Pejabat Peguam Negara bahawa "Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan" bukan sahaja tidak meredakan kemarahan rakyat, malah menimbulkan lebih banyak persoalan dan tanda tanya.  

Faktanya, bukan Najib yang meminta tahanan di rumah ini. Tiada permohonan lama atau baharu.  

DS Najib memohon "pengampunan" daripada SPB YDP Agong. SPB YDP Agong, selepas bersidangnya Lembaga Pengampunan, memperkenankan beberapa perkara termasuk menitahkan melalui satu "titah addendum" agar tahanan rumah diberikan kepada DS Najib.  

Isunya, kewujudan titah addendum itu terus disembunyikan dan pelaksanaannya juga dinafikan. Peguam Najib terpaksa memohon kepada mahkamah supaya kerajaan mengesahkan kewujudan titah tersebut dan memohon perintah agar titah itu dilaksanakan.  

Sikap kerajaan yang berahsia dan berdolak-dalik dalam memberi jawapan menyebabkan rakyat menganggap kerajaan menderhakai titah dan sengaja tidak mahu memberikan apa yang hak kepada DS Najib.  

Berdasarkan maklumat terkini yang tular, rakyat kini tahu dan yakin bahawa titah itu wujud, tetapi kerajaan enggan melaksanakannya.  

Kini, setelah melihat kebangkitan rakyat bersolidariti bersama DS Najib, barulah kerajaan mengeluarkan kenyataan untuk mengalih perhatian kepada "permohonan baru" yang kononnya perlu dibuat oleh DS Najib. 

Sesetengah peguam kanan berpendapat tindakan Pejabat Peguam Negara itu cenderung kepada sub judice kerana secara langsung menyentuh isu yang sedang dalam pertimbangan mahkamah.  

Kini jelas tiada ketelusan di pihak kerajaan, dan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Yang pasti, keadilan buat DS Najib telah dinafikan.  

Dalam isu ini, rakyat dan Friends of Najib semakin tekad bersolidariti bersama Bossku, DS Najib. Mereka dipercayai akan turun beramai-ramai pada 6 Januari ini di Putrajaya sebagai tanda sokongan dan untuk menuntut keadilan bagi DS Najib.  


BACA LAGI




Check out Minyak Urut Ginseng Warisan for RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AjuOVYd4C 




Catat Ulasan

0 Ulasan