Fadhli nafi sentuh institusi diraja

 


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kononnya hantaran Facebook beliau kelmarin menyentuh institusi diraja.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

1. Berpuluh-puluh wartawan menghubungi saya untuk dapatkan ulasan tentang khabarnya akan ada laporan polis oleh Pemuda AMANAH terhadap saya berhubung satu hantaran saya tentang 'ayam jantan, ayam betina dan biawak' dalam akaun Facebook ini dua hari lepas.

2. Saya secara peribadi sangat kesal dengan langkah Pemuda AMANAH ini. Pertama sekali kekesalan yang paling utama ialah pemilihan gambar yang kurang sesuai. Sepatutnya jika mahu diletakkan gambar saya, pilihlah gambar yang sesuai dan dalam keadaan bersedia untuk difoto serta bukan reaksi wajah seperti itu. Langkah itu kurang profesional dan menjadikan reaksi wajah saya agak 'kurang hensem' walaupun saya sedar gambar lain pun bukanlah 'hensem sangat', tetapi paling tidak gambar yang profesional. Itulah kekesalan paling utama.

3. Kekesalan kedua ialah cubaan mengaitkan nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di dalam isu ini. Padahal secara jelas tidak ada mana-mana bahagian di dalam titah baginda yang melarang himpunan 6 Januari. Pihak yang sangat bimbang dan membidas UMNO ekoran penyertaan bersama PAS ialah Lim Guan Eng. Lihat pautan (https://www.freemalaysiatoday.com/.../guan-eng-bidas.../).



4. Walaupun pimpinan UMNO membalas kenyataan Lim Guan Eng ini tetapi akhirnya apa yang didesak oleh Lim Guan Eng dilaksanakan oleh UMNO dengan kononnya berpandukan titah Agong yang mereka sendiri pilih untuk memahami bukan dengan maksud yang sebenar. Sedangkan titah addendum yang terang jelas itu mereka memilih untuk tidak perjuangkan. Inilah pelik dan ajaibnya UMNO.

5. Nasib baiklah Pemuda UMNO mengisytihar bahawa mereka akan hadir dan ini membuktikan mereka juga memahami kehadiran di himpunan itu bukanlah bererti derhaka kepada Agong. Persoalannya, kenapakah pemahaman Pemuda UMNO berbeza dengan pemahaman Presiden dan Setiauusaha Agung UMNO?

6. Jadi jelas, YDPA tiada kaitan dengan hantaran saya itu. Walaupun demikian, selaku rakyat Malaysia, Pemuda AMANAH berhak untuk membuat laporan polis, dan saya sebagai warganegara Malaysia, tentulah bersiap sedia untuk disiasat sebagaimana proses keadilan di Malaysia. 

7. Ada beberapa peguam yang mencadangkan saya menyaman Pemuda AMANAH atas ayat yang jelas 'Pemuda Amanah Nasional memandang serius kenyataan Ahmad Fadhli Shaari yang dianggap MENGHINA INSTITUSI DIRAJA' sedangkan tiada mana-mana bahagian dalam hantaran saya itu yang diniatkan dan boleh dianggap demikian. Saya katakan, melainkan dengan pihak-pihak tertentu, saya beranggapan - sehingga sekarang -  kawan-kawan dalam dunia politik ini tidaklah perlu sampai ke mahkamah. Tambahan pula, mereka di dalam AMANAH juga sahabat-sahabat saya di dalam PAS dulu. Bagaimanapun, saya juga perlu mempertimbangkan tindakan seterusnya berdasarkan perkembangan-perkembangan yang akan berlaku.

8.  Laporan polis ini juga membuktikan Pemuda AMANAH masih lagi ada, dan setidak-tidaknya ada aktiviti yang boleh dilaporkan di dalam buku mesyuarat tahunan. Lagipun, jika tidak pertahankan DAP, apa lagi yang boleh mereka lakukan?


BACA LAGI





Check out 【Hot In Japan 】Toilet Bowl Cleaner Bathroom Cleaner Pencuci Tandas 馬桶 泡沫 清潔劑 Sterilize Bubble Cleaner Toilet  Multi-Action Mousse Bowl Cleaner Foam Spray 400ML 99.9% Anti-Bacterial for RM18.93 - RM92.13. Get it on Shopee now!
https://s.shopee.com.my/2AyzYyL5WK?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan