Hadir himpunan secara peribadi jika rasa hak Najib patut dibela - Lim Sian See

 


Berikut adalah hantaran Facebook Lim Sian See hari ini:

Semalam, ada dari UMNO dan BN bertanya kepada saya di forum sama ada mereka patut sertai penghimpunan solidariti untuk Najib di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada pagi Isnin (esok).

Mereka keliru kerana parti masing-masing sudah mengumumkan menarik diri dari perhimpunan itu, tetapi tidak melarang ahli untuk hadir secara individu.

Jawapan saya mudah: jika anda rasa hak Najib patut dibela, jika anda rasa terhutang budi atas jasa-jasa Najib selama puluhan tahun, dan jika anda rasa kuasa YDPA serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan, maka anda boleh hadir secara peribadi.

Jika dilarang memakai baju dengan logo UMNO atau BN, pakailah baju berwarna merah atau biru untuk menunjukkan sokongan bahawa ramai ahli UMNO dan BN masih bersama Bossku, Najib Razak.

Bagi mereka yang bukan ahli parti atau yang berkecuali, hadir saja dengan pakaian biasa anda.

Kehadiran PAS atau parti-parti lain adalah isu berasingan dan tidak ada kaitan dengan hak anda untuk hadir. Mereka berhimpun cara mereka, anda berhimpun cara anda.

Titah YDPA tidak pernah menyebut bahawa rakyat tidak boleh berhimpun mengenai isu titah atau kuasa pengampunan YDPA.

Saya juga baca kenyataan Ketua Polis Negara. PDRM tidak menyatakan secara jelas bahawa perhimpunan itu “dilarang” atau “haram.” Mereka hanya menggesa orang ramai untuk tidak berhimpun.

Tambahan pula, geng Madani dahulu boleh menganjurkan pelbagai himpunan seperti BERSIH 1-5, solidariti Anwar, anti-SOSMA, himpunan harga kangkung terlalu murah, harga petrol naik, harga gula naik, tuntut harga barang turun, Azam Baki undur, anti-Akta Hasutan, anti-GST, Blackout 505, dan banyak lagi hampir setiap tahun. Takkan kita tidak diberi peluang untuk berhimpun secara aman walaupun sekali?

Lagipun, ahli-ahli UMNO dan BN bukan buat himpunan setiap bulan atau setiap hari seperti mereka dahulu.

Perlu diingat, tempat berhimpun adalah kawasan awam. Mahkamah adalah pusat terbuka dan milik rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Jadi, jika anda ingin hadir, pergilah secara peribadi. Anggap saja seperti cuti-cuti Malaysia di Putrajaya, sambil memberi peluang kepada peniaga-peniaga di sana untuk mendapat rezeki lebih.

Anggap juga ianya peluang untuk berkopi-kopi dan bersembang dengan kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa.

Namun, pastikan anda tidak melakukan provokasi, tidak menyusahkan lalu lintas, dan menjaga kebersihan kawasan sekitar.


BACA LAGI





Check out 【Hot In Japan 】Toilet Bowl Cleaner Bathroom Cleaner Pencuci Tandas 馬桶 泡沫 清潔劑 Sterilize Bubble Cleaner Toilet  Multi-Action Mousse Bowl Cleaner Foam Spray 400ML 99.9% Anti-Bacterial for RM18.93 - RM92.13. Get it on Shopee now!
https://s.shopee.com.my/2AyzYyL5WK?share_channel_code=1 



Catat Ulasan

0 Ulasan