21 anak syarikat KWSP rugi pada 2023, jumlah keseluruhan RM0.941 bilion

 


Sebanyak 21 anak syarikat milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM0.941 bilion pada 2023.

Perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2023 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023, yang dibentangkan di Dewan Rakyat kelmarin.

"Tiga syarikat subsidiari milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu KWASA Europe S.à.r.l, KWASA Europe-I S.à r.l dan Naungan Sentosa Sdn. Bhd. mengalami kerugian disebabkan oleh struktur modal syarikat subsidiari yang sebahagian besarnya dalam bentuk pinjaman pemegang saham. 

"KWSP sebagai pemegang saham tunggal syarikat mendapat pulangan dalam bentuk faedah pendapatan dan digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum," jelasnya.

Tambah laporan itu, Ameen Direct Equity I, L.P. merupakan dana yang baharu ditubuhkan pada tahun 2021 dengan tumpuan pelaburan jangka panjang dan masih belum menjana pendapatan mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi.

Laporan yang sama turut menyebut sebanyak sembilan anak syarikat KWSP termasuk yang beroperasi di luar negara mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut mulai 2021.


BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan