Dua anak syarikat Lembaga Tabung Haji yang beroperasi di United Kingdom (UK) iaitu LTH Property Holdings 2 Limited dan LTH Property Holdings 3 Limited mengalami kerugian besar pada 2023.
Memetik Laporan Ketua Audit Negara 1/2023 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023, yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, LTH Property Holdings 2 Limited mencatatkan kerugian RM278.43 juta manakala LTH Property Holdings 3 Limited mengalami kerugian RM186.75 juta.
Kedua-dua syarikat tersebut mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
Laporan tersebut menyatakan, kerugian itu disebabkan peningkatan rosot nilai hartanah pelaburan dipengaruhi oleh kadar faedah dan inflasi semasa yang meningkat di UK.
Laporan itu mengesyorkan agar Lembaga Tabung Haji mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang
mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut dan tidak memberikan pulangan sewajarnya.
"Menilai dan memberi pertimbangan untuk menutup syarikat subsidiari berstatus dorman atau tidak aktif melebihi lima tahun supaya tidak membebankan Agensi Persekutuan," tambahnya.
0 Ulasan