Menurut beliau, perkara berkaitan titah adendum sudah menjadi pengetahuan umum, justeru permohonan sedemikian tidak wajar dilakukan.
Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk "Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order – Zahid", Azalina menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya mengenai isu tersebut.
"Beliau menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada pendirian kami, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, dalam mematuhi Peraturan Mesyuarat 36(2) yang melarang perbahasan isu subjudis di Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina menegaskan bahawa keputusan berhubung larangan membahaskan perkara berkaitan titah adendum dalam Dewan Rakyat dibuat berdasarkan peraturan mesyuarat dan bukan sebagai pendirian kerajaan terhadap gag order secara umum.
Laporan Malaysiakini 4 Februari lalu menyatakan, Ahmad Zahid menghargai tindakan Azalina yang membantu mengkoordinasi perintah larangan bersuara berkaitan titah adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak.
“Ini masanya saya ulas, itu usaha yang dicadangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan saya tentunya berterima kasih kepada menteri undang-undang Azalina yang mengkoordinasikannya dengan Pejabat Peguam Negara dalam hal ini,” katanya.
0 Ulasan