Jika Nazri nak menjilat, silakan - Akmal


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa sayap Pemuda UMNO bukan golongan penjilat demi kepentingan peribadi.  

Beliau membalas kenyataan Nazri yang sebelum ini menyifatkan pandangan Pemuda UMNO hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu dan tidak perlu dihiraukan.  

“Jika kami ini dianggap hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu, saya nak tanya juga, adakah kamu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu?  

“Mungkin kamu dah lupa yang kamu bukan berada di Amerika lagi sebab kontrak tidak disambung. 

"Saya nak ingatkan bahawa kamu kini berada di Malaysia yang majoritinya adalah bangsa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.  

Menurut Dr. Akmal, menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO untuk mempertahankan agama dan bangsa.  

“Maaf Datuk Seri, kami Pemuda bukan penjilat untuk mencari makan. Kami ada tanggungjawab untuk menjaga agama dan bangsa daripada sibuk menjilat untuk kepentingan diri. Jika kamu nak menjilat, silakan. Jangan samakan kamu dengan kami.  

“Mana tahu, lepas ini boleh dapat jadi duta ke Myanmar pula,” sindirnya.  

Sebelum ini, Nazri dilaporkan berkata, suara Pemuda UMNO tidak semestinya mewakili keseluruhan masyarakat Melayu dan menasihatkan kerajaan supaya tidak terlalu melayan desakan kumpulan tersebut.


BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan