KDN nafi dakwaan SUARAM peserta serahan memorandum ditangkap

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa telah melakukan sebarang tangkapan terhadap peserta serahan memorandum di Kompleks Setia Perkasa, KDN pada 10 Februari lalu seperti yang tular di media sosial.  

Menurut KDN, individu terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan biasa yang selari dengan peruntukan di bawah Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).  

“Laporan polis ini merupakan tatacara lazim (SOP) sekiranya terdapat insiden yang tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan untuk memasuki premis Kompleks Setia Perkasa, KDN,” kata KDN dalam kenyataan media, semalam.  

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa beberapa individu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan laporan yang dibuat, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.  

KDN menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang disebarkan di media sosial dan memastikan sebarang berita diperoleh daripada sumber rasmi bagi mengelakkan spekulasi.  

Pada masa sama, pengguna media sosial diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia yang sedang berkuat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.


BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan