Nazri perlekeh Pemuda UMNO untuk bodek PMX?

 


Exco Pemuda UMNO, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi mendakwa kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Nazri Aziz yang memperlekehkan Pemuda UMNO lebih bermotifkan politik peribadi, seolah-olah bertujuan mengambil hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

Beliau berkata, pandangan Nazri yang menyifatkan Pemuda UMNO hanya membawa suara segelintir rakyat tidak mencerminkan realiti semasa, sebaliknya lebih kepada kepentingan peribadi.  

“Saya ingin bertanya kepada beliau, daripada sumber mana beliau memperoleh dakwaan ini? Sebelum membuat kenyataan, lebih baik beliau menyemak terlebih dahulu reaksi rakyat di media sosial. 

"Mungkin Datuk Seri ketinggalan zaman atau terlupa tentang dunia teknologi kerana hari ini pelbagai platform membolehkan kita melihat secara langsung maklum balas rakyat, sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perjuangan Pemuda UMNO,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Fikhran mendakwa kenyataan itu jelas menunjukkan Nazri seolah-olah cuba membodek demi kepentingan politik peribadi, apatah lagi selepas kontraknya sebagai Duta Malaysia ke AS tidak disambung.  

“Apa yang lebih menghairankan, selepas menyifatkan Pemuda UMNO hanya membawa suara minoriti, beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa akan menjadi bencana bagi Malaysia jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).  

“Tindakan ini jelas menunjukkan beliau lebih cenderung mencari kepentingan politik peribadi. Namun, rakyat pada hari ini bukan lagi mudah diperbodohkan dan mampu menilai sendiri tujuan sebenar di sebalik kenyataan tersebut,” katanya.  

Justeru, beliau menasihatkan Nazri agar berhenti bermain politik demi kepentingan peribadi dan kembali kepada perjuangan sebenar UMNO iaitu membawa suara rakyat dan akar umbi supaya parti keramat itu kembali mendapat kepercayaan pada PRU16.  

“Sekiranya Datuk Seri Nazri Aziz tidak lagi mampu membawa suara rakyat dan masih mengutamakan kepentingan peribadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk beliau berundur daripada dunia politik,” katanya.


BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Pemuda umno tak boleh ditegur ke. Melatah kenapa. Jangan syok sendiri dengan jawatan tu.

    BalasPadam