Adakah JKOM masih relevan?

 


Penganalisis politik, Lim Sian See mempersoalkan mengapa Pejabat Perdana Menteri (PMO) perlu mengadakan taklimat secara langsung di media sosial setiap hari sekiranya Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) berfungsi dengan berkesan.  

Menurut beliau, keputusan PMO untuk mengambil langkah itu seolah-olah menunjukkan kerajaan sendiri tidak yakin dengan keupayaan JKOM dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.  

“Cerita MalaysiaKini hari ini ialah jika PMO sendiri pun dah tak yakin dengan JKOM. Mulai 3 Mac, PMO akan buat taklimat secara langsung dua kali sehari di media sosial untuk pastikan rakyat dapat ‘maklumat yang betul’.  

“Baru sebulan lebih lantik Ketua JKOM yang ketiga, tapi tiba-tiba PMO sendiri ambil alih kerja bagi penerangan kepada rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.  

Sian See turut mempersoalkan relevansi JKOM dalam situasi ini, memandangkan peranan jabatan tersebut kini seolah-olah diambil alih oleh PMO sendiri.  

“Jadi, JKOM ini masih relevan ke, atau sekadar bajet kerajaan yang terbazir? 

"Kalau sampai bos sendiri pun dah tak percaya dan give-up dengan unit propaganda sendiri, mungkin dah tiba masanya JKOM ditutup terus dan duit gaji mereka disalurkan untuk perkara yang lebih berfaedah,” katanya.


BACA LAGI


MENARIK






Catat Ulasan

0 Ulasan