Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun X ‘Abdul Rani Kulup Fans’ atas dakwaan memfitnahnya berhubung dana yang dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh akaun tersebut adalah serius dan beliau tidak akan berdiam diri.
“Tuduhan fitnah yang melibatkan nama saya ini sangat berat. Jadi senang sahaja, kita jumpa di mahkamah untuk saman fitnah.
“Saya bukan cari makan dengan buat fitnah seperti admin page ini dan juga bukan penakut yang berselindung di sebalik page yang bukan nama sebenar.
"Jangan samakan level pencacai dengan saya. Jumpa di mahkamah,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.
Semakan mendapati hantaran yang berunsur fitnah itu telah dipadamkan.
0 Ulasan