Kerajaan PH 'cakap tak serupa bikin' - Hilman

 


Ketua Armada, Hilman Idham menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ kerana gagal menepati janji-janji kepada rakyat.

Menurut beliau, kenyataan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH), Woo Kah Leong yang melabel Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang terburuk hanya kerana membangkitkan isu peruntukan Ahli Parlimen adalah ibarat ‘meludah ke langit’.

“Sebagai Ketua AMH yang baru berusia tiga hari, beliau wajar menilai prestasi kerajaan PH hari ini terlebih dahulu. Cermin diri sendiri. Jika kita ingin senaraikan, ada lebih 1,001 alasan untuk rakyat menegaskan kerajaan hari ini gagal.

“Seluruh rakyat tahu, kerajaan PH hari ini penipu dan tak menepati janji. Cakap tak serupa bikin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hilman turut membidas kegagalan kerajaan dalam mengurus ekonomi dan kewangan negara, inflasi yang tinggi, isu hak asasi manusia serta masalah dalam industri padi dan beras.

Menurutnya, perkara-perkara itu jelas membuktikan kelemahan pentadbiran kerajaan PH hari ini dalam menguruskan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

“Sebagai Ketua Pemuda, kita seharusnya membawa budaya politik baharu yang lebih matang dan konstruktif. Tak perlu banyak bercakap, lebih baik kita bekerja demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kumpul keberanian kamu, tegur Perdana Menteri, pastikan PH tepati janji,” katanya.4


BACA LAGI


MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan