Pembinaan kuil haram diteruskan selepas lima hari DBKL keluarkan notis - Ustaz Firdaus Wong

 


Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan meneruskan pembinaan sebuah kuil haram di sebelah bangunan MIC di ibu negara walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis henti kerja lima hari lalu.  

“Lima hari lepas, pembinaan kuil haram tanpa kelulusan di sebelah bangunan MIC telah dihentikan serta-merta oleh DBKL.  

“Namun, mereka dengan angkuh meneruskan kerja pembinaan di bawah kanvas semalam tanpa mempedulikan perintah DBKL,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.  

Menurut beliau, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah membuat aduan kepada DBKL dan meminta bantuannya untuk menularkan isu berkenaan bagi mendesak tindakan lebih tegas diambil.  

“Pihak PERKIM telah membuat aduan kepada DBKL semalam dan meminta bantuan saya untuk menularkannya agar tindakan lebih proaktif oleh pihak DBKL!  

“Bina dulu mohon kemudian? Pacak dulu, fikir nanti. Modus operandi sama telah berlaku sejak zaman BN sehinggalah PH, PN & terkini,” katanya.  

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sama ada undang-undang hanya terpakai kepada rakyat biasa, sedangkan campur tangan ahli politik boleh mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa.  

“Cukup-cukuplah.. Apakah undang-undang hanya terpakai pada marhaen tetapi apabila ahli politik masuk campur mudah sahaja dihalalkan?  

“Semua parti politik kena daulatkan undang-undang bukan demi peti undi semata-mata,” katanya.

BACA LAGI


MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan