UMNO tak berapa cerdik hasut rakyat isu larangan program politik di masjid - Amzad

 

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengingatkan UMNO agar tidak menjadikan isu larangan menganjurkan program politik di masjid sebagai bahan untuk menghasut rakyat.  

Menurut beliau, penguatkuasaan larangan itu adalah bagi menjunjung titah Sultan Terengganu dan perlu dihormati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik.  

“Soal larangan program politik di masjid di bawah Kerajaan Negeri Terengganu adalah titah KDYMM Tuanku Sultan Terengganu. 

"Bila sudah bertaburan kad jemputan atas nama UMNO, termasuk panggilan mesyuarat secara rasmi kepada penjawat awam negeri, memanglah ia sudah menyalahi peraturan. Nak pertahankan pun dah susah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Amzad turut menyifatkan tindakan UMNO yang cuba mempersoalkan perkara itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak.  

“Tak berapa cerdik kalau UMNO nak jadikan isu ini untuk menghasut rakyat. 

"‘Tak berapa cerdik’ itu saya yang kata. Kalau apa yang dicatatkan dalam hansard ini, Presiden UMNO yang kata,” katanya.  


Baru-baru ini, program Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Terengganu terpaksa diubah ke lokasi lain selepas tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).  

Keputusan itu dibuat susulan larangan penggunaan masjid sebagai platform bagi sebarang program berunsur politik, sejajar dengan titah Sultan Terengganu yang menegaskan supaya institusi masjid tidak disalahgunakan bagi kepentingan politik kepartian.


BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan