Bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Kementerian Kewangan meluluskan dana sebanyak RM1.1 bilion untuk menyelamatkan Sapura Energy Bhd.
Malah, beliau secara sinis berkata, Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri untuk golongan korporat.
"Perdana Menteri tiada masalah untuk menyelamatkan Sapura Energy dengan suntikan RM1.1 bilion, tetapi enggan membelanjakan RM800 juta untuk keperluan infrastruktur sektor pertanian yang akan memberi manfaat kepada 150,000 pesawah, 48,000 pekebun kelapa, serta 105,000 petani buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Beliau memang layak menjadi Perdana Menteri untuk golongan korporat. Itu tidak dapat disangkal," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Menerusi pemfailan di Bursa Malaysia semalam, Sapura Energy mengumumkan telah menerima RM1.1 bilion sebagai pelaburan daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) iaitu syarikat tujuan khas di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (M.
Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Zamri Jusoh, dana itu akan digunakan bagi melangsaikan hutang syarikat kepada lebih 2,000 vendornya, yang majoritinya merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Anwar ketika berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai pakej penyelamatan hanya boleh dilakukan selepas audit forensik dijalankan ke atas Sapura Energy bagi menentukan sama ada syarikat itu telah disalah urus.
Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada audit forensik tersebut telah dilaksanakan atau tidak.
0 Ulasan