Apa motif letak gambar Dr. Akmal pada poster calon PSM?

 


Gambar Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh yang tertera pada poster kempen calon PSM bagi PRK DUN Ayer Kuning, KS Bawani mencetuskan persoalan.

Lebih menghairankan, terdapat tulisan dalam bahasa Cina yang terjemahannya berbunyi 'undi BN = undi Dr. Akmal'.

"Kenapa perlu letak muka saya dan perlu letak tulisan Cina yang membawa maksud sedemikian?

"Takut ke dengan Dr. Akmal ni?" soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, sesiapa pun tidak perlu takut dengan selagi mereka tidak menyentuh agama, bangsa dan raja-raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tetapi kamu berani sentuh sahaja walau sedikit, tidak akan kami berganjak seinci sekalipun untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita," jelasnya.

Dr. Akmal turut menyindir Bawani yang juga seorang peguam.

"Ingatkan peguam faham Perlembagaan, tetapi sayang retorik juga rupanya," katanya.

Beliau menasihatkan pengundi Ayer Kuning agar tidak risau mengundi Barisan Nasional (BN) kerana telah terbukti parti itu tidak retorik dalam menjaga agama, bangsa dan tanah air.

"Siapa sekalipun yang sentuh tidak kira kawan mahupun lawan, kami akan lawan. Kempenlah secara sihat ya," katanya.


BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan