Ceroboh tanah isu undang-undang, bukan perkauman - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan semua pihak bahawa perbuatan menceroboh tanah adalah isu kesalahan undang-undang.

Menurut beliau, isu tiada kena mengena dengan perkauman.

"Baik dari isu kuil, tanah haram durian mahupun apa pon yang menceroboh tanah orang lain itu kesalahan undang-undang dan perlu diselesaikan mengikut undang-undang.

"Jika ada masjid sekalipun yang dibuat atas tanah orang lain, maka ia tetap salah!" katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Baru-baru ini, sekumpulan pekebun durian haram yang terbabit dalam pertikaian tanah dengan kerajaan Pahang mendakwa pihak kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King.

SAMKA mendakwa anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta polis telah masuk ke kebun durian di Sungai Ruan baru-baru ini untuk menebang pokok berkenaan.

BACA LAGI

MENARIK







Catat Ulasan

0 Ulasan