Berikut adalah luahan Datuk Nizar Najib dalam hantaran Facebook hari ini:
Empat belas bulan telah berlalu sejak surat titah adendum telah dikeluarkan yang menyatakan Ayahanda Najib Razak berhak dapat tahanan rumah.
Namun, titah baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 tersebut masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.
Apa lagi bukti yang harus dikemukakan supaya Ayahanda Najib Razak dapat pembelaan dalam permohonan tahanan rumah?
Apakah surat pengesahan dari Istana Pahang tidak mencukupi untuk mengesahkan bahawasanya surat titah adendum itu wujud?
Bila kemelut ini akan berakhir hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Teringat saya kepada peribahasa Melayu “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.
Jika kita ingin sesuatu, kita akan usaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu itu.
Sebaliknya, jika kita ingin mengelak sesuatu, pelbagai alasan dan helah akan dibuat supaya prekara itu tidak berlaku.
Kami di team Ayahanda Najib Razak di pihak “seribu daya”.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan Ayahanda Najib Razak dalam hal ini.
0 Ulasan