Titah adendum: Bukan setakat kecewa, tetapi kecil hati - Puad


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini:

Bukan setakat kecewa tetapi ahli ahli UMNO dan mereka yang menyokong keadilan wajar berkecil hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. 

Ia menguatkan lagi dakwaan bekas Hakim Besar Sabah & Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Maknanya Najib terpaksa tunggu lagi lama. Kita hairan kenapa “Peguam Negara Baru” meneruskan tindakan Peguam Negara lama. Najib terpaksa berjuang di Mahkamah membuktikan “titah adendum” wujud. 

Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Perdana Menteri mengakui kewujudannya. Tetapi setelah berjaya Najib terpaksa pula tunggu hingga Julai 2025. Najib sukar berjuang melalui Mahkamah.

BACA LAGI

MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan