Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning bersama-sama menjayakan misi menangguhkan kemenangan PAS.
Menurut beliau, menangguhkan kemenangan PAS bermakna menghentikan politik kebencian agama juga penggunaan ayat-ayat al-Quran dan hadis sesuka hati.
Mohd. Puad menambah, ia termasuk fatwa fatwa politik yang mengelirukan.
"PAS pun tidak membuktikan apa-apa bila berkuasa. Seperti di Kelantan dan Terengganu. Apa kejayaan PAS?
"Tangguh kemenangan PAS. Jangan tangguh haji dan umrah," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau memberitahu, menangguhkan kemenangan PAS tidak bermakna menangguhkan kemenangan Islam.
Maka, kata Mohd. Puad berkata, pengundi tidak perlu menangguhkan ibadah haji dan umrah mereka.
"Belum tentu PAS menang maka Islam akan tertegak. Apatah lagi kalau PAS menang di PRK Ayer Kuning.
"Setakat menang satu kerusi tidak mengubah Kerajaan Perpaduan di Perak. Lebih baik tangguhkan kemenangan PAS," jelasnya.
1 Ulasan
takbur!
BalasPadam