Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Negeri Sabah membelanjakan sekitar RM3,965,590 pembelian nombor plat 'SMJ'.
Jurucakapnya, Aliff Danial berkata, pembaziran itu berlaku sedangkan UMS yang terletak hanya 3 kilometer dari Pusat Pentadbiran Negeri Sabah masih dibelenggu masalah bekalan air yang tidak berkesudahan.
"Langkah Kerajaan Negeri Sabah ini dilihat tidak berperikemanusiaan, cukup ironi apabila Kerajaan Persekutuan membelanjakan sekitar RM5 juta untuk pembinaan telaga tiub di UMS, tetapi Kerajaan Negeri Sabah tergamak berbelanja mencecah RM4 juta hanya untuk nombor plat kereta." katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, masalah air membelenggu warga UMS sejak bertahun lamanya, namun pembelian plat SMJ 1 hingga SMJ 9999 boleh berlaku dalam sekelip mata.
"Adakah ini 'Sabah Maju Jaya' yang dimaksudkan?
"Kerajaan Negeri Sabah berbelanja mewah, tetapi mahasiswa di universiti menadah air hujan hanya untuk mendapatkan air bersih mereka," jelasnya.
Aliff menegaskan, 'Sabah Maju Jaya' atau 'SMJ' hanyalah simbolik politik Kerajaan Negeri Sabah semata-mata.
"Realitinya, derita rakyat Sabah masih berlarutan mengenai masalah asas seperti bekalan air bersih, jalanraya rosak, infra, peluang pekerjaan dan rasuah yang kian membarah," jelasnya.
1 Ulasan
boleh bah kalau kau
BalasPadam