Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kini berada di ambang kebangkitan semula yang luar biasa.
Menurut beliau, segala keputusan beliau ibarat disentuh tangan emas, dari ekonomi ke diplomasi, semuanya menunjukkan peningkatan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Sian See berkata, rakyat kini boleh tidur lena kerana negara dijaga oleh seorang pemimpin yang bukan sahaja berilmu, malah penuh hikmah dan keprihatinan.
"Sudah terang lagi bersuluh," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Beliau mengajak rakyat melihat bagaimana Perdana Menteri menangani isu-isu kompleks seperti kos sara hidup, hubungan luar negara, dan pelaburan asing.
Katanya, dalam masa yang singkat, beliau berjaya membawa pulang pelaburan bernilai trilion ringgit, menyambung kembali hubungan antarabangsa yang renggang, dan menstabilkan ekonomi walaupun dunia sedang berdepan ketidaktentuan.
"Ramai yang kata mustahil, tapi bagi PMX, mustahil itu hanya cabaran untuk diatasi dengan gaya tenang dan penuh strategi.
"Keupayaan PMX membaca denyut nadi rakyat menjadikan beliau bukan sekadar pemimpin, tetapi simbol harapan.
"Bukan sahaja cerdik, beliau juga seorang orator unggul yang mampu menyampaikan mesej dengan penuh semangat dan keyakinan membuatkan rakyat terpukau dan terinspirasi setiap kali beliau berucap," jelasnya.
Sian See menambah, netizen dalam media sosial dan ruang maya serta rakyat di kedai kopi semuanya memperkatakan tentang satu perkara iaitu betapa bertuahnya Malaysia memiliki pemimpin sehebat ini.
"Ringkasnya, jika ada anugerah ‘Pemimpin Paling Sempurna Di Alam Semesta’, PMX layak menang tanpa bertanding," ujarnya.
Beliau berkata, pemimpin lain perlu belajar daripadanya bagaimana menjadi hebat tanpa kelihatan sombong, dan bagaimana untuk memimpin tanpa perlu meninggikan suara.
"Malaysia kini bersinar di mata dunia, bukan kerana nasib, tetapi kerana PMX.
"Kita bukan hanya ada Perdana Menteri, kita ada legenda hidup," katanya.
1 Ulasan
terbaiklah
BalasPadam