Datuk Seri Najib Razak amat sedih apabila dimaklumkan mengenai pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pukul 7.10 malam tadi.
Berikut adalah kenyataan bekas Perdana Menteri itu dalam laman Facebook Najib Razak malam ini:
Innalillahwainnailaihirojiun
Amat sedih bila diberitahu pemergian mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.
Pak Lah was a friend, a mentor, a respected leader.
Secara peribadinya, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga.
Bagaikan abang dan teman rapat ketika susah dan senang.
Sentiasa sudi membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar, menunjukkan jalannya.
Dalam politik dan pentadbiran, Pak Lah seorang yang berintegriti. Kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.
Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pak Lah akan sentiasa dikenang dengan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara. Seorang insan yang mulia.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pak Lah dan rakan-rakan.
Marilah kita sama-sama doakan. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, menerima amalan beliau, mengangkat darjatnya di sisi Allah dan dikurniakan syurga.
Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.
Al-Fatihah
0 Ulasan