Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengemukakan rayuan berhubung keputusan pemilihan Ketua PKR Cabang Setiawangsa Sabtu lalu yang menyaksikan beliau gagal mempertahankan jawatannya.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu tewas di tangan pelakon komedi, Datuk Afdlin Shauki Aksan.
"Kami akan membiarkan proses rayuan berjalan mengikut peraturan dan ruang yang ditetapkan oleh parti.
"Saya kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan perjuangan PKR di semua peringkat," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.
Pada masa yang sama, Nik Nazmi percaya bahawa proses pemilihan yang telus dan adil adalah asas kekuatan PKR sebagai parti reformasi.
Namun beliau percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya untuk menyuarakan perkara tersebut.
"Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan pemilihan parti dijalankan dengan integriti dan keadilan," jelasnya.
0 Ulasan