Sudah terbukti Amanah parti yang setia dan ikhlas

 


Parti Amanah Negara (Amanah) telah membuktikan bahawa ia adalah parti yang setia, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam memperkukuhkan perpaduan bersama rakan-rakan sahabat dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kelmarin.

Pengarah Pilihan Rayanya, Mohd. Sany Hamzan berkata, mereka hadir bukan sekadar untuk cukup syarat, tetapi untuk berkhidmat sepenuh jiwa dan memastikan kemenangan bersama.

"Saya menyeru semua jentera dan penyokong untuk teruskan momentum ini, kekalkan semangat muafakat, dan bersedia untuk bergerak lebih gagah dalam pertempuran yang akan datang.

"Tahniah kepada semua. Terus kuat, terus berjuang," katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau turut menyifatkan kemenangan itu bukan sahaja hasil usaha individu, malah adalah kejayaan gerak kerja berpasukan yang ikhlas, tersusun dan penuh semangat setiakawan. 

Mohd. Sany berasa bangga dengan kecekalan, disiplin dan dedikasi jentera Amanah yang terus berjuang tanpa mengenal lelah sehingga ke saat akhir.

"PRK ini juga mengajar kita banyak perkara, tentang pentingnya kehadiran di lapangan, pendekatan bersemuka dengan rakyat, serta kekuatan kerja kolektif antara parti-parti sahabat dalam Kerajaan Perpaduan. 

"Ia menjadi medan pembelajaran penting untuk kita terus memperkemaskan jentera bagi menghadapi cabaran lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)," jelasnya.

BACA LAGI

MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan