Akaun WhatsApp Saifuddin digodam

 

Berikut adalah kenyataan media Pejabat Menteri Dalam Negeri malam ini:

Dimaklumkan bahawa akaun WHATSAPP YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada hari ini. 

Perkara serius ini telah diaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

Sehubungan itu, pihak kami ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai YB Datuk Seri Saifuddin Nasution terutamanya jika ada perkara yang melibatkan kewangan atau temujanji untuk berjumpa. 

Pihak kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini. 

Kami juga menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam-penggodam ini kepada pihak yang berkuasa.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan