Kalau Najib tak cabar di mahkamah, rakyat tak tahu titah adendum wujud

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Pejabat Peguam Negara mengecam tindakan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding menghina Mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh. 

Tetapi kalau Najib tidak cabar kes titah adendum ke Mahkamah, rakyat tidak akan tahu titah itu wujud. Apatah lagi Terrirudin menafikannya. Maka apakah tidak wajar tindakan Najib memulakan prosiding menghina Mahkamah?

AGC pula membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu? Maka itu signal apa? Apa lagi pilihan yang ada pada Najib apabila titah itu disorok lama dan “house arrest” juga masih tertangguh? Semoga Julai ini tidak bertangguh lagi.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan