Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya yang menghentam DAP Melaka kerana membuat usul meminta 14 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau tidak kisah walaupun dituduh angkuh oleh Pemuda Amanah.
"Bila kamu sungguh-sungguh pertahankan kerusi yang kamu menang semasa PRN enam negeri yang lalu, kami tak panggil pun kamu ego.
"Bila kami nak pertahankan kerusi kami, kami pulak dipanggil ego?? Nak minta lebihan 9 kerusi pula tu, kami yang ego ye??
"Ni formula mana kamu pakai ni?? Nak saya tarik kenyataan?? Jawapan saya satu je,jangan harap dan teruskan bermimpi," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Dalam hantaran berasingan, Dr. Akmal menafikan pihaknya bersikap sombong apabila membantah usul 14 kerusi PH dan 14 kerusi BN oleh DAP Melaka.
"Kalau sombong tak mahu bagi PH bertanding pon.
"Ni alang-alang kamu minta 14, kami minta kamu bertanding je semua 28 kerusi di Melaka.
"Kita lawan je di setiap 28 kerusi tu. Apa pening sangat," katanya.

0 Ulasan