PRN Melaka: BN kekal bertanding 21 kerusi - Asyraf

 


Barisan Nasional (BN) kekal bertanding 21 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka manakala PH mempertahankan lima kerusi.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) akan dirundingi.

"Prinsip asas disepakati pimpinan BN dan PH, kerusi-kerusi dimenangi kekal dengan parti tersebut," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Baru-baru ini, DAP Melaka mengusulkan supaya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibahagikan secara sama rata antara BN dan PH pada PRN nanti.

Menurut beliau, keputusan muktamad mengenai pengagihan kerusi akan ditentukan oleh kedua-dua Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Ketika ini lebih baik fokuskan segala usaha dan upaya untuk menangani pelbagai isu-isu umtuk membantu rakyat dan memakmurkan negeri serta negara. 

"Insya-Allah bila tiba masanya, kepimpinan akan mulakan perundingan dan perbincangan mengenainya," jelasnya.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan