Semoga kempen Rafizi tidak menyebabkan kerajaan Madani HIRUK pikuk

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membangkitkan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi mangsa serangan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam kempennya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Menurut beliau, Rafizi dijangka menggunakan kaedah menyerang, bukannya bertahan.

"Dia pakar menyerang. Cuma kali ini dia akan serang siapa? 

"Anwar, Izzah, PKR atau kerajaan Madani?" soalnya dalam hantaran Facebook semalam.

Mohd. Puad mengakui Rafizi memang handal dalam bab taktikal.

Beliau percaya formula baharu iaitu jenama HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa) yang dibawa Rafizi bukan untuk melawan musuh di luar parti sebaliknya untuk berlawan sesama mereka.

"Sudah tentu semua pihak teruja menunggu keputusannya nanti," katanya.

Mohd. Puad berkata, pertembungan Rafizi dan Nurul Izzah Anwar umpama buku bertemu ruas.

"Majoriti orang luar mahu Rafizi kalah. Semoga pemilihan PKR ini tidak menyebabkan kerajaan Madani 'HIRUK pikuk'," jelasnya.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan