DAP nafi bermewah-mewah selepas jadi parti kerajaan

 

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Wong Shu Qi menafikan dakwaan partinya bermewah-mewah dengan mengadakan acara di hotel setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Menurut beliau, Kongres Kebangsaan DAP tahun ini pada 16 Mac lalu berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, bukannya hotel mewah seperti yang didakwa.

“Kongres Kebangsaan DAP diadakan pada 16 Mac tahun ini di IDCC Shah Alam—bukanlah Ritz. 

"Melainkan ada penarafan lima bintang baharu untuk pusat konvensyen yang saya tidak tahu, saya tidak pasti dari mana datangnya dakwaan 'acara di hotel' itu,” katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Shi Qi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang sebelum ini mendakwa DAP dan PKR telah berubah sejak awal penubuhan dengan pengaruh politik wang mula meresap, termasuk penganjuran acara di hotel.

Tambah beliau, budaya sumbangan dalam kalangan wakil rakyat DAP masih diteruskan seperti dahulu.

“Berbeza dengan zaman yang mungkin berubah, ada perkara yang masih kekal dalam DAP, wakil rakyat kami masih menyumbang 15 peratus daripada elaun bulanan mereka kepada parti. 

"Itulah cara kami bayar bil di ibu pejabat—komitmen lama yang masih kami amalkan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, DAP tidak mahu terperangkap dalam 'situasi tertembak pasukan sendiri' sesama sekutu dalam kerajaan, lebih-lebih lagi memandangkan parti itu tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

“Pemilihan sememangnya panas, kami faham," jelasnya.

BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan