Berikut adalah kenyataan media Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini:
Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan yang diadakan pada 20 Mei 2025 merupakan pendekatan tadbir urus yang inklusif & bersepadu apabila kehadiran turut melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) termasuk yang bukan beragama Islam, Ahli MAINS, Ketua-ketua Agensi Agama & Pegawai-pegawai Daerah.
Kehadiran ini adalah atas titah & perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertujuan mendedahkan & membuka kefahaman mengenai pentadbiran Islam di negeri ini.
Taklimat ini turut membentangkan pencapaian institusi agama negeri termasuk pemerkasaan pendidikan Islam, usaha digitalisasi institusi agama Islam serta pelaksanaan Modul Aulad Sejahtera iaitu sebuah inisiatif pendidikan awal kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai murni & adat pepatih merentas kaum & agama.
MAINS juga telah mengadakan Taklimat Hal Ehwal Islam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2024 yang dihadiri oleh semua ADUN merentas parti kerajaan dan pembangkang termasuk yang bukan Islam.
Pendekatan ini membuktikan komitmen MAINS terhadap tadbir urus Islam yang progresif, inklusif & selari dengan aspirasi perpaduan serta kemajuan bersama seluruh rakyat Negeri Sembilan.

0 Ulasan