Siapa yang takut kalau kerajaan bawa balik Jho Low?

 

Berikut adalah hantaran Facebook penganalis politik, Lim Sian See hari ini:

Dari dulu lagi Najib dan para penyokongnya dah minta supaya Jho Low dibawa balik untuk membersihkan nama beliau.

Hari ini pula, PMX sendiri sahkan memang wujud individu tertentu - yang tidak dinamakan - yang tidak mahu Jho Low dibawa pulang kerana bimbang lebih banyak perkara akan terbongkar.

Persoalannya sekarang: siapa mereka ini dan kenapa mereka takut?

PMX sepatutnya berterus terang. Jangan separuh cerita. Kalau benar ada yang cuba halang kepulangan Jho Low, Rakyat berhak tahu siapa dalangnya dan apa yang mereka cuba sembunyikan.

Takkanlah dah 7 tahun berlalu, tukar sampai 4 kerajaan sejak PRU14, tapi nak bawa balik sorang Jho Low pun tak mampu?

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan