Jabatan Peguam Negara fail rayuan kes Yusoff Rawther

 


Berikut adalah kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini:

Jabatan ini merujuk kepada keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun 2025 yang telah melepaskan dan membebaskan tertuduh Muhammed Yusoff Rawther tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206].

Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini telah menfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini.

Seksyen 39B (2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup, dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan manakala seksyen 36(1) Akta 206 memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan