Jangan malu, jangan segan laksana semula GST

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencadangkan agar kerajaan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau, sistem percukaian tersebut terbukti lebih baik dan berkesan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan ketika ini.

“Dulu GST enam peratus membebankan rakyat. Sekarang rakyat perlu bayar SST, iaitu lima atau 10 peratus cukai jualan ditambah enam peratus cukai perkhidmatan, ditambah dengan pengurangan jenis barangan bercukai daripada 8,084 barang kepada 1,813 barang.

“Cadangan kami kepada kerajaan, laksanakanlah semula GST yang jauh lebih baik dan berkesan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr. Akmal turut menggesa kerajaan supaya berani mengakui kelebihan GST serta mengetepikan alasan-alasan politik yang menghalang pelaksanaannya.

“Jangan malu, jangan segan untuk menyatakan polisi pelaksanaan GST dulu jauh lebih baik dan tidak membebankan rakyat.

“Nanti guna sahaja alasan manifesto hapus GST bukan kitab suci. Yang penting rakyat tidak terbeban dan cukai dapat dikutip dengan baik,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan