Jangan terkejut, air laut pun dikenakan SST!

 

Gambar hiasan: Kellie Churchman / Pexels

Jangan terkejut apabila anda mendapati air laut dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar lima peratus mulai 1 Julai ini.

Perkara itu didedahkan oleh penganalisis politik, Datuk Eric See-To yang mendakwa kerajaan buat pertama kali akan mengenakan cukai tersebut ke atas air laut sebagaimana diwartakan dalam dokumen rasmi.

“Pasal apa ada yang pertikaikan saya bila saya kata air laut (sea water) akan dikenakan cukai SST lima peratus buat kali pertama pada 1 Julai 2025?

“Korang tahu saya tak tipu dan saya takkan tulis benda macam ni kalau tiada bukti yang sahih,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Menurut beliau, tindakan mengenakan cukai ke atas air laut itu dipercayai berpunca daripada pelaksanaan cukai lima peratus ke atas garam biasa, yang turut akan bermula pada tarikh sama.

“Sebab Madani akan mula kenakan cukai lima peratus ke atas garam meja (table salt) biasa buat kali pertama, maka mereka bimbang korang akan buat garam sendiri dari air laut untuk lari cukai.

“Sebab itu, air laut pun kena cukai lima peratus,” katanya.

Tambah beliau, bukti pelaksanaan cukai berkenaan boleh dirujuk secara terus dalam dokumen rasmi kerajaan.

“Kalau masih tak percaya, boleh cari sendiri muka surat 63 dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai Jualan) 2025 yang diwartakan Madani pada 9 Jun 2025,” katanya.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan