Jawatan menteri Tengku Zafrul atas mandat UMNO - Azalina

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini:

1. Saya mengambil maklum keputusan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tidak lagi bersama parti. UMNO menghormati kebebasan setiap individu membuat pilihan politik; namun perlu ditegaskan bahawa perwakilan dalam Jemaah Menteri disandang adalah atas mandat parti yang diwakili, bukan atas kapasiti peribadi.

2. Walaupun YAB Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Perpaduan, setiap Menteri yang dilantik adalah sebagai wakil rasmi parti masing-masing. UMNO tetap komited memberi khidmat kepada negara dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan akan terus menunaikan amanah rakyat.

3. Sehubungan itu, Biro Undang-Undang UMNO telah diminta meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator, bagi memastikan semua tindakan selanjutnya mematuhi kerangka perundangan.

4. Saya menyeru ahli dan penyokong agar  kekal fokus kepada pembangunan negara. Politik individu boleh berubah, tetapi perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara harus kekal.

BACA LAGI

MENARIK









Catat Ulasan

0 Ulasan