Keluarga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kecewa dengan penyebaran gambar lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Seri Dzulkefly Ahmad di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mewakili keluarganya menyatakan rasa kecewa dengan sikap Dzulkefly yang tidak menghormati privasi keluarga dan prosedur operasi standard (SOP) lawatan di hospital, ketika melawat Ahli Parlimen PAS itu di wad Unit Rawatan Koronari IJN.
"Malah penyebaran gambar Tuan Guru tanpa izin keluarga yang dimuat naik di Facebook YB Menteri untuk tatapan awam, amatlah tidak wajar dan sangat tidak beretika.
"Sikap tidak profesional ini sangat dikesali," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Semakan mendapati gambar Dzulkefly melawat Abdul Hadi telah dipadamkan.
Terdahulu, Dzulkefly dalam hantaran Facebook semalam menyatakan kesyukuran kerana dapat melawat Abdul Hadi.
Beliau dimaklumkan, walaupun prosedur yang dijalani Abdul Hadi adalah kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar.
"Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Kardiologi & Surgeri Kardiovaskular & Torasik IJN.
"Insya-Allah beliau dijangka akan pulang dalam waktu terdekat, dan marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya," jelasnya.
The public will believe anything...
0 Ulasan