SKMM fail tindakan sivil terhadap Edisi Siasat dan Edisi Khas

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu "Edisi Siasat" dan "Edisi Khas". 

Katanya, kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Katanya lagu, tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) ["ASP(C)"]. 

"la susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh SKMM," katanya dalam kenyataan media hari ini.

SKMM berkata, berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, pihaknya telah memohon dan berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya. 

Katanya, tindakan itu diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.

"Pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi," katanya.

SKMM sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing. 

SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.

SKMM kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

The public will believe anything...



Catat Ulasan

0 Ulasan