Malaysia mesti bebas budaya pendakwaan terpilih

 


Berikut adalah kenyataan media Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini:

Saya bersyukur dan menyambut baik berita tentang pembebasan Yusoff Rawther pada hari ini. Pembebasan ini bukan sahaja membawa kelegaan kepada beliau dan keluarga, malah mengingatkan kita semua tentang prinsip asas dalam negara demokrasi — bahawa setiap individu berhak kepada keadilan dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Sebarang bentuk penindasan atau penganiayaan terhadap mana-mana insan, apalagi jika dibuat atas sebab perbezaan politik, adalah tidak wajar dan harus ditolak sekeras-kerasnya. Negara ini mesti bebas daripada budaya pendakwaan terpilih dan penyalahgunaan kuasa.

Saya menyeru semua pihak, khususnya institusi penguatkuasaan dan kehakiman, untuk terus bertindak secara adil, profesional dan berteraskan fakta serta undang-undang - bukannya tekanan politik.

Kita mesti berani mempertahankan hak setiap rakyat Malaysia agar negara ini terus menjadi tanah air yang adil dan bebas.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan