Berikut adalah kenyataan media Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim hari ini:
Kami membaca dengan penuh hairan satu lagi kenyataan dari Dewan Pemuda PAS Pahang. Nampaknya mereka kini lebih rajin menaip kenyataan media dari turun padang untuk bersama rakyat. Senang betul kerja mereka nak tutup kegagalan sendiri.
Realitinya, Kerajaan Pahang hari ini jauh lebih stabil, progresif dan konsisten berbanding negeri yang mereka tadbir. Fakta sebenar mereka cuba tutup nak tutup :
1. Kemudahan rakyat - Di negeri mereka, misal contoh projek terminal bas yang kononnya mahu dibina sejak lebih 10 tahun lalu masih tak siap-siap. Di Pahang, projek-projek infrastruktur bukan sekadar dibentang atas kertas tetapi dilaksanakan mengikut masa dan keutamaan rakyat.
2. Masalah Bekalan Air Bersih - Sudah berdekad rakyat negeri mereka menderita dengan masalah air, tekanan rendah, bekalan kerap terputus. Lebih malang, tarif pula antara tertinggi di Malaysia. Tapi hari-hari mereka ceramah politik kononnya bela rakyat. Perkara asas untuk rakyat pun tak mampu nak diselesaikan.
3. Isu Sosial dan Dadah - Negeri yang digelar ‘Serambi Mekah’ kini antara negeri tertinggi masalah penyalahgunaan dadah. Mengapa? Kerana mereka gagal membangunkan program modal insan untuk anak muda.
4. Tanah dan Pelaburan Asing - Mereka galak menggadai tanah kepada syarikat asing dari China tanpa garis panduan yang jelas. Di Pahang, kerajaan tegas pencerobohan hutan dan tanah rizab tidak dikompromi, malah tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten.
Dan lebih tak sangka level Timbalan Presiden PAS tiba-tiba nak claim kredit yang memalukan. Tok Wan telah meluluskan peruntukan untuk membeli ambulan untuk kegunaan kawasan Cheka. Padahal bukan baru hari ini dia jadi wakil rakyat dekat kawasan Cheka. Yang mereka tahu hanya kutip derma untuk tujuan politik mereka dan bukan untuk kepentingan rakyat mereka.
Pemuda PAS Pahang patut lebih malu kononnya mahu menjadi semak imbang, tetapi gagal menilai prestasi negeri sendiri yang semakin tenat. Sedangkan kenyataan pemimpin mereka pun bercanggah sesama sendiri menunjukkan krisis dalaman yang sedang retak menanti belah.
Mereka juga sibuk mendabik dada mahu menjadi “kerajaan menanti”. Rakyat bukan mudah lagi ditipu dengan perkara yang mereka cuba bawa kerana rakyat lebih menilai prestasi bukan ilusi.
Kerajaan Pahang akan terus melangkah ke hadapan fokus membangunkan pembangunan luar bandar, pelaburan asing yang berkualiti, infrastruktur moden, pendidikan teknikal hinggalah bantuan kebajikan rakyat yang bersasar. Kami bukan hanya bercakap, kami bekerja.
Kepada Pemuda PAS, kami nasihatkan berhenti bermimpi. Kalau benar mahu jadi alternatif, mulakan dengan membetulkan negeri sendiri. Jangan asyik menunggang isu, sedangkan rakyat di negeri kamu terus merana. Rakyat Pahang sudah celik dan tahu menilai siapa yang hanya tahu menyalak dan siapa yang benar-benar memimpin.
0 Ulasan