Maszlee nasihat pimpinan AMK jumpa siswa UMS 'bako-bako'

 


Berikut adalah hantaran Facebook bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini:

Siswa UMS bako-bako

Orang muda jika lari dari idealisme, tiada ertinya.

Namun idealisme datang bersama adab dan tata susila.

Memang ramai marah pada siswa UMS bako-bako ni, tapi cukupkah sekadar kenyataan media dan kecaman?

Ia tidak ke mana. 

Siswa tersebut akan berasa ditekan diintimidasi, dizalimi dan bertambah yakin serta ego bahawa mereka berada di jalan yang betul.

Kepada para pemimpin AMK dan mantan AMK yang pernah bergelumang dengan demo dan aktivisme, jangan kita lupakan sejarah kita, akar kita, dan pengalaman yang kita pernah lalui.

Bebudak bako-bako ini perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Pandangan saya, pimpinan AMK dan mantan aktivis, pergilah berjumpa dengan siswa bako-bako ni. 

Jumpa mereka bersemuka. 

Bincang apa yang mereka salah faham dan apa yang mereka mahu.

Turunkan ego kita untuk kita tundukkan ego mereka. Kita semua hanya mahukan yang terbaik untuk negara dan warga.

Saya pernah lakukan sewaktu saya menteri dahulu.

Alhamdulillah kepala demonstran waktu itu, kini telah menjadi Ketua Keadilan Cabang Batu. Tahniah!

Kepada siswa bako-bako, pakcik Maszlee bersedia untuk berjumpa anda semua di kampus UMS, hatta di asrama anda sekalipun. Pakcik yakin banyak benda kita boleh bertukar pandangan meskipun pakcik bukan sesiapa dan tiada jawatan apa-apa pun.

Pakcik pernah muda, pakcik juga hidup dengan idealisme, dan pakcik juga pernah melakukan khilaf. Itu adat dan resmi manusia. Anda hanya perlu DM pakcik sahaja untuk kita bertemu.

Benda boleh bincang buat apa nak gaduh?

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan